Ditubuhkan pada Tahun 2012, bawah naungan Biro Penerbitan dan Penerangan Perubatan Cawangan Iskandariah. Books Galore merupakan medium perantaraan bagi mahasiswa yang meminjamkan buku (Lender) dan yang ingin meminjam buku (Borrower).

Kami berbesar hati ingin menjadi orang tengah untuk menghubungkan dua golongan ini, iaitu mahasiswa yang ingin membaca buku, namun tidak berpeluang atas pelbagai faktor seperti kewangan atau tidak memiliki buku yang ingin dibaca dengan mahasiswa yang mempunyai banyak buku namun ingin memberi peluang kepada mahasiswa yang lain untuk membaca buku tersebut.