Peminjam Buku

1) Apakah jenis-jenis buku yang ada di BG?

Terdapat 13 genre buku. Klik pautan

2) Bagaimanakah caranya meminjam buku?

1 BG

2 BG

3 BG

4 BG

5 BG

hm

6 BG

7 BG

3) Bagaimana saya boleh memastikan tempahan saya telah diterima pihak BG?

Setelah anda membuat tempahan (place order), anda akan menerima e-mel daripada kami dan AJK kami akan mengesahkan tempahan tersebut. Seterusnya, dalam masa 1-3 hari AJK kami akan menghubungi anda untuk memastikan jika buku itu ‘available’ atau tidak.

4) Berapa buah bukukah yang boleh dipinjam dalam satu masa?

Hanya SATU buah buku sahaja yang dibenarkan untuk dipinjam dalam satu masa.

5) Bilakah saya akan dapat buku yang telah saya tempah? Bagaimanakah proses penyerahan buku?

Penghantaran akan dibuat pada setiap hari Isnin dan Khamis di Teratak pada pukul 2 hingga 5 petang.

AJK yang bertugas akan berada di sana untuk menyerahkan buku tersebut.

6) Berapa lamakah tempoh masa pinjaman?

Selama 14 hari.

7) Bolehkah saya memanjangkan tempoh pinjaman? Bagaimana?

Boleh, anda perlu memaklumkan kepada AJK kami.

8) Bolehkah ahli muhafazah lain meminjam dari BG?

Tidak boleh.

9) Adakah BG akan beroperasi sepanjang tahun?

Ya, tetapi pada waktu cuti Summer dan Winter Books Galore akan beroperasi mengikut keberadaan AJK di Mesir. Sekiranya ada sukarelawan, anda boleh menghubungi pihak kami.

10) Bagaimanakah caranya untuk memulangkan buku pinjaman?

Sehari sebelum tarikh pemulangan buku, pihak kami akan menghubungi anda dan akan mengambil buku tersebut di hadapan rumah anda.

11) Bolehkah saya membatalkan pinjaman? Bagaimana?

Boleh Tetapi anda perlu menghubungi AJK BG.

Pemilik Buku

1. Bagaimana jika saya ingin meminjamkan buku?

Anda boleh mendaftar di Booksgalore

http://bit.ly/booksgalorelender

2. Apakah langkah seterusnya?

• Buku milik anda akan disenaraikan dalam Senarai Buku kami
• Pada masa ini, buku tersebut masih berada di tangan anda
• Sekiranya terdapat mahasiswa lain ingin meminjam buku tersebut, anda akan dihubungi oleh wakil kami, janji temu antara anda dan wakil kami akan diatur dan wakil kami akan mengambil buku tersebut daripada anda
• Tempoh peminjaman maksimum adalah bergantung kepada bilangan muka surat buku tersebut dan sekiranya peminjam hendak melanjutkan tempoh peminjaman, wakil kami akan memaklumkan kepada anda
• Anda berhak untuk menolak permohonan lanjutan tersebut
• Buku tersebut akan dikembalikan kepada anda melalui wakil kami
• Anda tidak perlu berjumpa dengan peminjam sepanjang proses peminjaman dan pemulangan buku tersebut

3. Berapa banyak bukukah yang boleh saya pinjamkan?

Anda boleh meminjamkan seberapa banyak buku yang anda mahu

4. Bagaimana jika buku saya rosak?

Anda berhak untuk menuntut ganti rugi sekiranya buku tersebut hilang atau rosak, ia bergantung kepada budi bicara anda. Sekiranya kerosakan tersebut berlaku disebabkan oleh pihak kami, anda juga berhak untuk menuntut ganti rugi; bergantung kepada budi bicara anda

5. Bagaimana jika saya ingin buku tersebut kembali?
Pihak kami akan mengembalikan buku tersebut dalam kadar yang segera

6. Apakah jenis buku yang boleh dipinjamkan?
Sebarang jenis bahan bacaan yang tidak menyentuh isu-isu sensitif termasuk novel, komik, buku ilmiah, majalah dan sebagainya

7. Bolehkah saya meminjamkan buku yang telah ada dalam indeks buku Booksgalore?
Ya. Ia amat dialu-alukan. Anda hanya perlu mendaftar di blog Booksgalore

8. Bagaimana jika saya tidak mahu meminjamkan lagi?
Anda boleh menghubungi mana-mana wakil kami bagi tujuan tersebut